Tuesday, October 22, 2019

Profile MFR Production

MFR PRODUCTION WORLD WIDE ENTERPRISE selepas ini disebut sebagai MFR PRODUCTION merupakan sebuah syarikat milikan bersama yang ditubuhkan pada 3 Oktober 2019, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. MFR PRODUCTION ditubuhkan sebagai sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan acara (Event Management), perancang program (Event Planner) dan perunding acara (Event Consultant) yang lebih menjurus kepada penganjuran majlis peribadi (Private Event), ekspo dan karnival serta pesta dengan pelbagai saiz dan tema khususnya di zon Utara semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak).



Matlamat syarikat MFR PRODUCTION ialah membantu menguruskan acara majlis. Misi Syarikat kami ialah memastikan setiap acara majlis akan menjadi satu impak yang besar sehingga sukar dilupakan dan mempromosikan mesej pelanggan kami secara efektif.


MFR PRODUCTION juga menyediakankan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan untuk memudahkan pelanggan kami. Syarikat kami mempunyai ramai selebriti yang berbakat, Pengacara Majlis yang berbakat untuk menghiburkan dan menceriakan suasana majlis, D.J yang memainkan lagu-lagu terkini, gubahan lagu dan system bunyi (Sound System) yang pasti akan menggegarkan gegendang telinga anda.



MFR PRODUCTION akan memberi 100% komitmen yang tinggi dengan setiap tugasan yang digalas, berkongsi idea yang unik, konsep yang urban dan terkini serta aturcara yang disusun dengan baik supaya acara yang dilakukan berjalan dengan lancar. Kami akan mengurus untuk mengendalikan acara untuk pelanggan kami dan membantu mereka untuk mencapai sasaran yang terbaik





Monday, October 21, 2019

Persembahan Buskers yang berada di Padang Kota Lama,Penang

                                    Apakah itu Buskers?

Maksud perkataan buskers adalah,seniman jalanan,pelakon atau pelawak yang selalunya menunjukkan kebolehan atau bakat mereka di tepi jalan raya,dan lain lain.
       
             berikut adalah gambar gambar buskers yang berada di Padang kota lama penang.


Antara program charity music buskers yg telah diadakan dipadang kota dan kumpulan busker busker yang menyertai program charity tersebut adalah
1.Key Project.
2.Brothers Buskers.

Perkataan Busker yg selalu kita dengar bukan hanya merujuk kepada pemuzik jalanan sahaja,bahkan brader yg sedang bermain api ini juga adalah tergolong dalam kategori Busker.Hampir setiap minggu brader ini membuat pertunjukan api di padang kota lama penang.